Skip to main content

Posts

Review

 Assalammualaikum Alhamdulillah syukur atas nikmah yang Allah kurniakan.  Fairuz 012-7454751 Hanie  018-7854751
Recent posts

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Drambai13 Homestay

 

Cara Mudah Buat Apam Perisa Coklat

Apam coklat kukus ni bila makan rasa macam kek coklat pulak, sedap & nak buat pun senang. Ni cubaan yang pertama dah menjadi. Alhamdulillah. Bahan-bahan *Susu pekat 1 cawan *Minyak masak 1 cawan *Gula 1 cawan *Air 1 1/2 cawan (Masak atas api hingga ada bubble kecik, xperlu sampai mendidih kemudian biarkan, gunakan bahan bila dah suam) Klik sini :  cara buat apam Telur gred A 2 bij (pukul hingga kembang) Bahan kering Tepung gandum 1 1/2 cawan Serbuk coco 1 cawan Baking powder 1 sudu kecil Soda bikarbonat 1 sudu kecil Kacau rata bahan kering kemudian campur dengan bahan yang kita masak, campurkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali campurkan dengan telur. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Gaji Youtube Beli Iphone

Assalammualaikum dan selamat pagi.  Harini saya nak kongsi gaji you tube yang saya dapat dan belum pernah dikeluarkan lagi sehingga bulan September 2021 ni.  Ini pula iphone yang saya beli menggunakan duit you tube cuma tambah 1k sahaja untuk mencukupkannya.  Alhamdulillah, syukur sangat. Rasa lebih bersemangat pula nak buat video lepas ni. 

Haq Uqasha Masuk Usia 10 Tahun

Buah hati mama dah masuk usia 10 tahun pada 9 September 2021 haritu. Alhamdulillah syukur mama ada bersama Abg Haq dikala usia 10 tahun. Semoga Allah panjangkan usia Abg Haq, Mama sentiasa doakan Abg Haq menjadi anak soleh, jadi hamba allah yang taat, berjaya di dunia dan akhirat. Doa dan restu mama sentiasa mengiringi Abg Haq.  Hadiah birthday Abg Haq, mama beli juga walaupun Abg Haq kata tak yah sebab tak nak susahkan mama, Abg Haq kata xda hadiah pun tak pe.  Ni masa Abg Haq bagi mama hadiah cokelat birthday mama tahun 2020. Abg Haq pakai duit dia sendiri Walaupun mama kata Abg jadi anak yang baik, itu je yang mama minta, tak yah bagi mama hadiah pun tak pe, tapi dia tetap nak juga bagi hadiah. Abg Haq kata mama bagi abg macam-macam, untuk kali ni Abg nak juga bagi mama hadiah. Terima kasih sayang mama.

kuih ketayap atau kuih gulung

  Kuih ketayap atau nama lain yang selalu dipanggil adalah kuih gulung. Kuih gulung ni selalu di hidangkan untuk minum petang. Bahan-bahan Tepung gandum 2 cawan Tepung ubi 1 sudu besar Minyak masak 2 sudu besar Telur sebiji Air + Air pandan 2 1/2 cawan Pewarna hijau Garam #malayfood #kuihtradisional #resepidapuremy Klik sini : video cara buat kuih ketayap