Tuesday, October 29, 2013

Rahsia Kurus masa berpantang

Pening jugak nak cari tajuk nak update blog ni kan. Alang-alang 2 hari lepas baru timbang berat, jadi tajuk yang terpilih adalah rahsia kurus masa berpantang.  Kenapa ye?

saya kongsikan suatu fakta:

Sebelum mengandung = 46 kg
Berat akhir sebelum bersalin 56 kg
Hari ke-13 = 49.5 kg

Nampak tak berapa banyak kadar penurunan berat badan saya, cewah.. (berbunga-bunga hati). Nak tahu tak apakah rahsianya.. hahaha..Bukan lah rahsia sangat, sekadar perkongsian untuk sesiapa yang nak kurus masa berpantang. Sebenarnya masa berpantang ini la kita ambil peluang untuk turun berat badan sebab ada banyak makanan yang dilarang makan, jadi dengan automatik la kita kurang makan & kita menyusukan baby, semua sedia maklumkan kalau menyusu baby kalori lebih banyak terbakar.

Ikutilah perkongsikan jadual pemakanan saya.

Makan 1 - Sarapan (8.00 a.m)
Makan 2 - Minum pagi (10.30 am)
Makan 3 - Makan tengah hari (1.00 pm)
Makan 4 - Minum petang (4.00 pm)
Makan 5 - Makan malam (8.00 pm)

Pukul berapa tu mungkin ada lari-lari sikit la. Jadual makan saya ini terbahagi kepada 5. Tapi saya sentiasa ingatkan diri supaya makan dalam kuantiti yang sederhana. Contohnya minum pagi saya akan makan roti, saya tak kan ambil lebih dari 2 keping setiap kali saya makan dan apabila waktu makan tenghari atau malam kuantiti nasi saya adalah sederhana, ada orang tua-tua suruh 'ambil nasi banyak sikit sebab tak boleh tambah' tapi saya memang ambil dalam kuantiti sederhana dan memang saya tak akan tambah tapi saya akan lebihkan makan sayur dan ikan. kadang-kadang kauntiti sayur saya adalah separuh daripada kuantiti nasi. Dengan cara ini juga perut saya bertambah lawas, kadang-kadang 2 kali sehari g melambur kat asb hahahaha.. paham-paham je la ye. ini kot sebab saya cepat kurus.

Sarapan pagi macam biasa la, nasik goreng ke, mee hun goreng ke, bubur ke bersama segelas susu.
Minum pagi biasanya saya minum Nestum bersama ESP . Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP  ataupun 2 keping roti/kueh bersama segelas ESP yang di mix dengan milo/holik.
Makan tengahari biasanya makan nasi, sayur, ikan.
Minum petang biasanya saya suka campurkan susu anlene dengan ESP dan roti atau sebiji buah samada epal ke pair ke atau mkn anggur dan lain-lain.
Makan malam biasanya makan nasi, sayur, ikan.

Saya mengamalkan minum ESP yang boleh dicampurkan dengan minuman lain. Apakah itu ESP?  ESP itu adalah singkatan Energizing Soy Protein iaitu minuman protein soya yang memberi tenaga dan mengelakkan anda dari kelaparan dan keletihan. KLIK pada perkataan ESP untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee ataupun ingin berkongsi pengalaman anda mengenai penyusuan susu ibu, boleh email hanie di emy_2912@yahoo.com.my atau Call/SMS/WhatApp : 019-6609951 atau boleh like FB Fanpage : rujukvitaminku

1 comment:

  1. wahh makan nasi bpe kali dlm shari pon bleh turun berat ye..?

    lau makan bnyk,mkn dgn supplmnt tu still ade efct ke?

    mane tau berat ttp cmtu je sbb makan bnyk..huhu..nsi tu kan tgi kbhdrat?

    ReplyDelete