Tuesday, October 1, 2013

Demam ketika mengandung Episod 2

Siap berpisod bagai yer...
Demam ketika mengandung Episod 1
Sambungan

Hari Khamis
Malam rabu lebih kurang 11.30 malam ditolak masuk ke wad 2-4 katil no. 24, sampai je ke wad tu sebenarnya kite dah siap-siap mandi kat dalam toilet kamar bersalin, walaupun toiletnye kecik, gagahkan jugak la mandi sebab badan melekit, ingtakan tak dapat wad, rupanya dapat jugak, dapat la kite tidur dengan selesa malam tu. Malam ni, kite tido dengan mengigil sebab kesejukan, mesej suami pukul 3 pagi, suami tak perasan sebab penat tertidur, mesej adik pun sama, alamak tahan je la. Masa tengah tidur misi ada datang cek perut, tekanan darah, masuk antibiotik kat tangan. Khamis siang ni suhu badan kite dah ok dah, 36.5 darjah, bila doktor datang kite tanya, doktor, bila saya boleh keluar, dia cakap "eh nanti dulu"... adeh lemah je dengar, kat wad ni kite di bagi ubat batuk, padahal tak batuk pun tapi doktor tu kata untuk elak kite dapat batuk, isy-isy pelik-pelik je, dah asyik makan ubat je, tidur je la keje ku, sampai pening sebab banyak sangat tidur. Anak kite yang kecik Muhammad Haq Uqasha yang 2 tahun tu ada datang melawat. Ala cian anak mama, tidur malam dengan ayah, sepanjang duduk kat hospital aku cekalkan hati untuk tidak menangis merindui sekecik tu, walaupun hakikatnya rindu sangat, kiteorang tak pernah berpisah waktu malam selama dia dilahirkan.. aik masa tulis blog pulak meleleh air mata ni.. huhuhu... rupanya kite lebih kuat dari yang disangka.. Malam khamis ni tak dapat tidur sangat sebab ada baby kecik yang baru lahir, jadi suara die menangis kuat sangat, jerit sambil meneran, cian baby tu, baru nak sesuaikan dengan dunia baru.

Hari Jumaat
Rutin pagi doktor pakar datang melawat dari satu katil ke satu katil, pagi tu doktor cakap suhu badan awak dah ok, nanti petang cek suhu kalau ok, petang ni awak dah boleh discaj... ya allah, alhamdulillah syukur, gembiranya dapat kuar, yang dalam bilik tu, 3 orang la yang dapat kuar. Kawan-kawan satu bilik tu sorang je yang dah melahirkan, yang lain di tahan wad sebab kencing manis, darah tinggi, uri bawah & saya demam. Wad Hospital Melaka selalu je penuh, ada yang kene duduk atas kerusi, kesian betul. Mentang-mentang la nak kuar hospital, tengah haritu makan jugak la makanan yang hospital bagi, kalau tak kite tunggu husban bawakan nasi. Alhamdulillah, petang jumaat pukul 5 lebih dapat keluar.

Sekian sahaja pengalaman ibu mengandung ini kene tahan wad. Lepas ni kalau demam ibu-ibu mengandung sila la makan ubat yang diberi, mungkin kite rasa kite boleh tahan lagi tapi hakikatnya baby kat dalam pun demam jugak, kesian kat baby. Daripada kene tahan wad masuk air, masuk antibiotik kat tangan, baik kite telan ubat, sakait kene cucuk ni. huhuhuhu..

1 comment: