Wednesday, October 2, 2013

Tanda-tanda nak bersalin (awal kelahiran)

Assalammualaikum

Harini kite dah 37 minggu, macam biasa cek up setiap hari rabu. Setelah mengecek bagai, jumpa la misi, 

'Ibu sihat?
'Banyakkan makanan seimbang'
'Sekiranya ada tanda nak bersalin cepat-cepat ke hospital'
'Ambil vitamin setiap hari'

uit.. berat badan kite turun..aisyyy compius.. tak lama lagi ke ni.. 

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan pastinya pelbagai perasaan di dalam hati, rasa gembira sebab nak sambut orang baru tapi seram sebab tak tau macam mana sakitnya.

Kite ni anak yang kedua pun tak tentu arah rasa, gembira, seram pun ada tapi alhamdulillah pengalaman menjadikan kite lebih tenang.

Masa anak sulung kelahiran berlaku pada 38 minggu. 

Apakah tanda-tanda kelahiran yang saya alami?
1. Keluar lendir cair yang banyak tidak berwarna tiada bau, jadi kebetulan hari yang keluar lendir tu misi datang melawat rumah, dia suruh ke hospital, waktu tu pagi lagi. Bila sampai hospital dah cek doktor kata bukan air ketuban cuma discaj (keputihan), disuruh balik pada waktu petang (5.30pm).

2. Malam tu (9.30 pm) kite dan suami pergi makan KFC, naik kat tingkat 2, jenuh ibu mengandung naik tangga, dalam pukul 11 pm terasa sakit dibahagian bawah perut, tegang, kejang dan macam senggugut pun ada. Sakit tu berterusan dan agak lama, kite tahan sampai berpeluh-peluh hingga pukul 12.30am, kejut suami sebab dah tak tahan sakit, kite rasa dah tiba masa untuk bersalin, terus ke hospital. Bila sampai, cek jantung baby (CTG), doktor seluk baru buka 2 cm, servik masih tebal dan tinggi, rupanya tu tanda kelahiran 'Braxton Hicks'.

 ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
info Baby center

Lepas tu ditolak ke dalam wad, sakit yang teramat sangat tu dah hilang tapi bermula petang, sakit tu datang semula, sakit di bawah perut, tegang, kejang dalam setengah jam sekali, semakin malam semakin kerap 15 minit sekali, sakitnya sekejap-sekejap, pukul 12.30am kite dah tak tahan dan panggil misi & doktor, cek-cek dah bukak 5 cm, doktor pun pump ubat kat buntut dan tak lama tu kite buang air besar, ditolak masuk labour room, call suami, Doktor kata sejam bukak 1 cm biasanya bagi kelahiran pertama, yup.. memang betul, bila saat nak melahirkan tu tiba kita akan tahu, sakitnya lebih teratur, lebih lama, 10 minit sekali, 5 minit sekali, lebih tetap. Masa ni hanya ayat alquran yang membuatkan kite lebih tenang disamping suami disisi menemani. sakitnya hanya tuhan je yang tahu, 10 kali ganda dari senggugut, 

Antara tanda-tanda lain nak bersalin (awal kelahiran)
1. Keluar cecair seperti lendir bercampur darah
2. Kerap buang air kecil ini kerana kepala baby dah ke bawah, jadi rambut baby tu membuatkan kite punya pundi kencing geli dan asyik nak kencing je. 
3. Kerap sakit pinggang dan punggung, 
4. Keluar air, kadang-kadang ada kebocoran air ketuban, jadi bila anda rasa keluar air macam lendir sikit tu sila pakai pad dan terus ke hospital. 
5. Berat badan statik ataupun berkurangan.
6. Perut di bahagian atas terasa lebih ringan dan kosong.

Sekiranya ada tanda-tanda sebegini, itu bermakna anda perlu berhati, adakah masa anda dah tiba? anda akan tahu sendiri. Tak da siapa boleh bagitau waktu yang spesifik untuk anda bersalin tau. 

Kesempurnaan bagi seorang wanita itu apabila kita boleh melahirkan zuriat, waktu terindah dan sangat hampir dengan allah. 

1 comment:

  1. Tanda-tanda Ingin Bersalin
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tanda-tanda-ingin-bersalin.html

    ReplyDelete