Skip to main content

Demam ketika mengandung Episod 1

Rasanya dah bersawang blog kite ni tak di upadate, maaf la, tak sempat, banyak yang perlu dibereskan. Payahnya nak cari tajuk malam ni, nak menceritakan saat-saat kite demam 3 hari yang lepas.

Al kisah kronologi nya :-

Hari Selasa
kepala ni dah stat pening, seleseme pun sama tapi kuatkan jugak la semangat pergi kerja, adoiiii, ade meeting pula pukul 11, sungguh malas bab-bab pergi meeting ni, dah la jauh (45 minit baru sampai)  tapi atas arahan bos, pergi jugaklah dengan kakak seopis, duduk dalam meeting kira-kira 2 jam setengah baru abis. Bermula la sakit pinggang dan punggung akibat lama sangat duduk. Sampai je opis badan ni memang dah tak larat sangat, kite ambil keputusan untuk kerja separuh hari je, on the way balik, singgah klinik.. emm 2, 3 klinik pergi tapi takda doktor sebab dah kol 1, cuba nasib pergi klinik satu ni, tanya doktor ada tengah sembahyang, jadi tunggu je la. Bila cek-cek memang demam dan dapat satu hari mc iaitu rabu je, ingat sampai khamis. Dia bagi macam-macam ubat. On the way balik rumah singgah beli air kelapa, jadi minum air kelapa & tak payah la nak makan ubat, tapi suhu badan tak surut-surut, sakit pinggang makin menjadi-jadi sampai rasa tak boleh nak gerak, jadi ambil la paracetemol, makan, tido, bagun baru rasa kurang sikit, tapi masih pening & suhu badan masih tinggi lagi.

Hari Rabu
Memang harini ada regular check up. Pagi hantar anak ke rumah pengasuh, beli sarapan, makan vitamin, balik klinik baru makan paracetamol la, kepala still ting tong. Sampai klinik Kesihatan Klebang, mak ai, punya la ramai manusia, dapat nombol 21, sekarang baru nombor 8. Macam biasa, timbang berat, ambik tekanan darah, urin test, lambat sangat nak tibe turn kite ni, tido jap dalam kete, bangun je masuk dalam klinik, aik no 24 dah, letak je la buku merah tu tak lama kemudian di panggil, bila nurse cek perut & jantung baby, misi kata laju nya jantung baby awak ni, cek suhu, 38.5... refer doctor pulak, tunggu lagi, aiii.. kite ni dah la pening kepala, dok menunggu je keje nye, sampai ke doctor kene ambik darah pulak, ambik bahasa sikit dengan doctor,
 "boleh tak saya nak mintak mc, saya tak larat la nak g keje", 
  doktor kata " tak payah, saya nak refer awak ke hospital". 
dalam hati, adehhhhhh... lemah betul la nak drive g hospital, parking punye la payah, pastu misi kata, 
"eh tak payah bawak kereta, jap lagi ambulan sampai"
 emmm first time naik ambulan, siap pasang ne no ne no ne no..macam la kite ni sakit parah.
Sampai je, kene la cek itu cek ini, masuk air 2 botol, ambik darah lagi 2x, abis tangan ku.. sakit.. dah siap2 kol 11 setengah malam baru ditolak ke dalam wad. Jenuh jugak duduk kat kamar bersalin tu. Tak selese. 

will be contineu yer.. demam ketika mengandung episod 2


Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...