Thursday, February 13, 2014

Masalah ingin beri makanan pejal kepada bayi lebih awal

Masalah ibu yang sering diasak oleh pengasuh anak untuk memberi bayi makanan pejal seawal 3 bulan. Katanya anak tidak puas minum susu dan asyik meragam dan kurang tidur. Saya pasti tentunya ramai ibu menyusu lebih-lebih lagi yang menyusu badan diluar sana. Apatah lagi pengasuh itu lebih tua daripada kita. Mereka merasakan mereka itu betul dan sememangnya tradisi mereka dari dulu semasa membesarkan anak mereka sehingga terbawa-bawa apabila menjaga anak kita. Saya pasti ramai ibu muda yang mengalaminya. Begitu juga dengan seorang kenalan saya. Begini cerita beliau. 

Saya mula menghantar bayi ke rumah pengasuh ketika berusia 2 bulan 3 minggu. Dan selepas sebulan pengasuh telah meminta saya untuk membeli nestum, katanya anak tidur kejap-kejap mungkin sebab lapar. Bila saya cakap susu tak cukup ke saya boleh ke nak tambah susu..pengasuh tu kata susu cukup tak perlu tambah tapi bayi saya lapar. Tapi saya bagi alasan nanti saya tanya emak saya dulu. Sampai sekarang saya belum bagi jawapan. Tapi lepas ni bila pengasuh tanya lagi saya akan cakap nurse tak bagi. Dah siap-siap bagi jawapan. Saya ingin memberi susu ibu sepenuhnya pada bayi saya sehingga 6 bulan.   

 Baby ilman ketika baru seminggu dilahirkan, alahai comel anak mama

Haaa..begitulah ceritanya. Tapi mengikut kata emak, dulu bayi menyusu sepenuhnya sehingga 4 bulan, lepas tu dah boleh bagi bayi makan dan begitulah terjadinya kepada abg haq, masa pergi cek up ketika usia 4 bulan, misi dah bagi lampu hijau untuk cuba bagi abg haq makanan pejal. Mungkin ketika itu abg haq kurus tapi ikut bmi belum sampai kurang berat badan lagi. Yang baby ilman ni belum tahu lagi. Minggu depan baru nak g cek.     

Untuk bayi yang lepas umur 6 bulan para ibu dah boleh la perkenalkan makanan pejal kepada anak-anak sedikit demi sedikit, ajar mereka kerana semakin kanak-kanak itu membesar semakin banyak nutrisi yang mereka perlukan untuk proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Tetapi penyusuan susu ibu itu haruslah diteruskan sehingga 2 tahun, bukan sahaja untuk mendapat nutrisi daripada ibu tetapi mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

1 comment: