Skip to main content

Dengan atau tanpa vitamin shaklee

Harini baby ilman hampir 4 bulan, alhamdulillah saya dengan jayanya menyusukan baby ilman sepenuhnya. Alhamdulillah syukur sangat sebenarnya sebab allah pertemukan saya dengan vitamin shaklee ni. Dengan mengenali vitamin shaklee dan bercampur dengan mereka yang mengamalkannya banyak perkara yang dapat saya pelajari dari pengalaman mereka. Meraka jugak lah antara yang memberi sokongan moral untuk menjayakan penyusuan ini.

Saya menyusukan abg Haq tanpa set ibu menyusu shaklee, saya menyusukan baby ilman dengan mengambil set ibu menyusu shaklee. Memang banyak perbezaannya. Antaranya adalah :-

1. Semangat - Dulu saya terkenal dengan alasan aku takda susu, mungkin sebab Cik B kecik je. Tapi sekarang rasanya dah takda alasan lagi dah. Itu semua mitos-mitos yang dimomokan kat saya, sebab tu la minda saya telah diset untuk takda susu. Kini apabila banyak bergaul dengan ibu yang menggunakan set ibu menyusu shaklee, saya lebih bersemangat dalam menyusukan baby ilman.

2. Cergas - Rutin saya keluar bekerja adalah dari pukul 7.30 - 6.00. Bila sampai je rumah macam-macam kerja yang kena buat, tambahan pula saya duduk berjauhan dari suami tersayang. Semua urusan rumah saya buat sendiri. Tinggal bertiga bersama abg haq dan adik lelaki saya rasanya bukan lah payah sangat tapi memang saya akan tidur awal, badan letih, saya pula kerja bukan di opis je, saya juga ada kerja di site. Memang balik umah saya akan tidur pukul 9. TETAPI setelah ambil set ibu menyusu shaklee ternyata badan cergas, larat pulak saya bangun mengepam malam 2 kali, pastu saya rajin pulak mengupdate belog pukul 3, 4 pagi. 

3. Kuantiti Susu - Dulu saya memang kurang susu TETAPI sekarang susu banyak, boleh lah buat stok untuk baby ilman.

4. Kualiti susu - Apa yang kita makan itu lah yang akan tehasil dan nampak pada susu ibu, apabila makan set ibu menyusu shaklee ni susu lebih pekat dan warna sedikit kekuningan (mungkin sebab saya makan B complex kot). happy bila tengok kaler susu saya :)

5. Rajin minum air - Bila mula je makan vitamin shaklee, saya sebenarnya melatih diri saya supaya rajin minum air masak, dulu satu litter pun payah nak minum, tapi masa berpantang saya minum 2 liter sehari, habis je pantang saya ambil set ibu menyusu saya, minum 3 liter sehari. Bila minum air yang cukup masalah sembelit dalam berpantang pun tak da tau, bagus bagus, hihihi


Panjang dah celoteh saya harini, diharap cerita saya ini dapat dijadikan penguat semangat dan panduan untuk ibu-ibu menyusu yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...