Tuesday, September 23, 2014

Tips mengatasi anak susah tidur awal di waktu malam

Di petang yang sejuk beku dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa ini, terajin pula harini untuk berkongsi tips untuk mengatasi masalah yang sering dihadapai oleh ibu bapa masa kini iaitu susah untuk anak-anak tidur awal diwaktu malam. 

Kesukaran ini juga pernah saya hadapi ketika Abg haq berumur setahun lebih. Sangat susah untuk Abg Haq tidur awal. Ada kalanya saya tidur pukul 10 malam, Abg Haq akan tidur pukul 12 malam. Tapi alhamdulillah masalah itu dapat diatasi malah beliau akan tidur biasanya seawal 9.30 malam. 


Antara tips untuk atasi masalah anak susah tidur awal ini adalah :
1. Kenali punca Mengapa susah tidur?
Perkara paling biasa adalah kerana anak-anak melakukan aktiviti kegemaran mereka sehingga melekakan dan tiada rasa mengantuk. Penyelesaiannya menyuruh mereka sambung aktiviti kegemaran mereka keesokkan hari.
2. Masuk ke tempat tidur lebih awal. 
Kalau nak anak tidur pukul 10. Pukul 9.30 dah boleh ajak anak ke tempat tidur. Biar mereka bergolek-golek, bercerita di atas katil sehingga tertidur.
3. Gelapkan tempat tidur.
Bukannya nak suruh gelap gelita, tapi biar ada beza terhadap kawasan untuk melakukan aktiviti cahaya terang, untuk tidur, malapkan sedikit lampu. 
4. Makan malam lebih awal
Kalau makan pukul 9.30 pm, lepas makan terus tidur, ayakkkk boleh ker? Oleh itu, sila makan malam lebih awal sebaiknya sebelum jam 7.
5. Lakukan aktiviti riadah dipetang hari
Galakkan anak-anak untuk keluar bermain di waktu petang samada berbasikal, main bola, badminton, kejar-kejar, baling selipar (aktiviti yang mengeluarkan peluh) dan elakkan mereka asyik menonton TV dari balik sekolah hingga malam hari. 
6. Teman anak-anak tidur
Dalam cahaya samar-samar di bilik tidur, bercerita la dengan anak-anak ataupun bacakan ayat-ayat suci quran. InsyaAllah mereka lebih mudah untuk tidur sekiranya ibu atau bapa mereka teman.

Ada banyak lagi tips menarik yang hendak dikongsikan tapi dengan masa yang terhad, 6 pun cukuplah. Tips ini terpakai untuk kanak-kanak, kalau dah remaja tu lain kot caranya. Anakku belum remaja lagi jadi tiada experiance. Semoga tips ini berguna kepada ibu bapa di luar sana. 

Sekian, salam sayang.

1 comment:

  1. budak-budak ni tutupkan lampu, ajak baring nanti tertidur lah dia..

    ReplyDelete