Skip to main content

Perlukah susu formula untuk anakku

Dengan rasa yang agak kecewa saya menulis entry ini, kalau ada yang mengikut blog saya ni pastinya tahu misi saya sebelum terjadinya anak ini, semasa mengandungkan anak ini, semasa lahirnya anak ini, hati saya teramatlah kuat untuk menyusu badan anak ini sepenuhnya tanpa campur dengan susu formula.

Memang niat suci murni saya itu sentiasa mekar dalam hati saya.  Tapi apakan daya, semakin ilman membesar semakin banyak pula permintaan susu yang agak payah untuk saya tunaikan. Saya ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 3 bulan iaitu pada usia ilman 5 bulan hingga usianya 8 bulan. 

Semasa saya bercuti, tiada masalah untuk saya bagi susu badan secara exclusive sepenuhnya. Mula-mula bercuti, dengan penuh semangat saya membuat stok susu ibu untuk ilman, ada 5 botol penuh susu ibu beku di freezer, apakan daya, ianya cair akibat en.suami mendefross peti ais kami. adehhh.. habis semua susu cair. Buang kesemua susu tersebut. Dan en. suami tak bagi saya menyimpan susu ibu lagi kerana peti ais kami yang satu pintu itu perlu di difross selalu. Hampeh dan kecewa juga lah rasa hati ni.

Dengan kelalain saya sendiri untuk tidak mengepam semasa cuti 3 bulan tersebut, saya kembali bekerja, stress dengan kerja, letih, apabila waktu pam, susu saya semakin kurang. Sepatutnya saya boleh hantar pada pengasuh 5 botol tapi tak dapat. Saya hantar 3 botol sahaja waktu pagi, tengahari saya balik hantar lagi 2 botol, kadang kala ada meeting tak dapat lah saya balik rumah, dan anak saya terpaksa berlapar susu hanya makan bubur dan air kosong sahaja. Malam pula saya tidak mengepam, semangat hilang dek kepenatan dengan urusan seharian. 

Saya cekalkan hati juga, dengan kata-kata mak saya 'kesian ilman', saya bagi juga susu formula lactogen 2 (sama brand dengan abg haq). Tapi sehingga kini ilman masih menyusu badan, dan saya masih bekalkan lagi susu badan cuma di rumah pengasuh, ilman akan minum tambahan 2 botol susu formula. Jadi persoalan perlukah susu formula untuk anakku.. Ya, memang perlu. 

Semestinya susu ibu itu adalah yang terbaik untuk anak dan susu formula adalah alternatif lain bagi memberi nutrisi kepada anak kecil yang kurang mendapat susu dari ibunya

Alkisah perjalanan penyusuan anak ke dua ini. Walau apapun saya bersyukur, ilman menyusu sepenuhnya sehingga berusia 10 bulan, Sewaktu anak sulung, Abg Haq menyusu badan sepenuhnya hanya 20 hari sahaja dam selepas 20 hari, atas nasihat doktor, saya terpaksa juga bagi sus formula. 

Kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya bukan kerana susu sikit, susu cair, buah dada kecil, perah dapat sikit, anak tak nak hisap puting, TAPI adalah disebabkan ibu itu sendiri. Jadi, dikesempatan ini saya menyeru supaya ibu berkerjaya, sediakanlah mental dan fizikal untuk melakukan penyusuan susu ibu ini. Jangan kita anggap remeh dalam menyusukan anak ini. Ketahanan badan anak-anak akan lebih kuat jika minum susu ibu. 


Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...