Ayam Panggang Air Fryer
Oleh sebab bebudak dekat rumah ni suka sangat makan ayam maka pelbagai jenis masakan ayam mamanya masak. Kalini nak kongsi cara masak ayam pakai air fryer. Orang kata ni makanan sihat sebab tak guna minyak, bagus jugak la kan.
Kalau masak ayam pakai air fryer ni mudah sebab bila kita dah masuk ayam dalam air fryer tu kita setting suhu dan masa kemudian tu kita dah boleh buat kerja lain.
Ni bahan untuk perap ayam
Ayam 1 kilo
Sos lada hitam
Lada hitam kasar
kicap pekat
Madu
Halia
Bawang putih
Gula merah
Secukup rasa
Perap lebih kurang 1/2 jam lebih lama lebih bagus.
Klik sini video : Cara perap ayam
Masuk dalam air fryer guna suhu 160•c selama 25 minit.
Tips:
1- Jangan timbun ayam penuh-penuh dalam air fryer tu.
2- Selang beberapa minit kene terbalikan ayam supaya masak sekata.

Comments
Post a Comment