Skip to main content

Menyusu badan walau dimana sahaja, Penang

Entry kali ini ditulis untuk mengabadikan cerita dan pengalaman saya berjalan-jalan di penang tempoh hari, 3 hari kami di Penang dan ini pengalaman yang pertama saya menyusu badan walau dimana sahaja. Anak sulung saya menyusu badan sepenuhnya selama 20 hari sahaja tapi alhamdulillah baby kedua saya kini hampir 3 bulan dan saya masih menyusu badan sepenuhnya. Bersyukur sangat dan saya harap penyusuan susu ibu ini akan berterusan sehingga 2 tahun.


Treatment for osteoarthritis

Dua pengajaran bermakna yang saya dapat sebagai ibu yang menyusu badan semasa percutian di Penang haritu adalah :

1. Memakai baju ibu menyusu.
Sekiranya kita berjalan-jalan ke tempat yang susah untuk mencari tempat privacy dan memaksa kita menyusukan badan walau dimana sahaja, sangat-sangat digalakkan memakai baju ibu menyusu. Ketika saya di Penang haritu, kami menaiki Bukit Bendera (Penang Hill), sebelum dan selepas naik ke Penang Hill memang susah nak cari tempat untuk menyusu kan baby jadi saya menyusu sambil berdiri dalam train, menyusu sambil tunggu turn nak naik train, jadi bila kita pakai baju ibu menyusu tak perlu la selak baju dari bawah. Memang agak mencabar apabila terpaksa menyusukan bayi dalam train sebab terlampau ramai manusia dalam satu train, dah macam ikan sardin pun ada gak. Bayangkan tangan saya sebelah pegang bayi dan sebelah tangan pegang tiang. Pengalaman pertama yang cukup indah bagi saya, alhamdulillah allah bagi saya merasa keadaan ini supaya pada masa akan datang mudah la saya untuk menyusukan baby saya. Untuk pengetahuan semua, saya agak malu untuk menyusukan anak dikhayalak ramai. tapi sekarang ok je, tapi kalau ada tempat privacy lagi ok. :)

2. Kain atau tuala.
Kain atau tuala digunakan untuk menutup dada yang mungkin akan sedikit terdedah dan syukur sekiranya anda bertudung, anda boleh je tutup baby yang sedang menyusu dengan tudung tu tapi kalau pakai yang patern 3 layer tu kadang-kadang pendek, tak jugak membantu. Jadi marilah kita ikut syariat islam yang menyarankan kita bertudung menutupi dada. Indah nya islam itu kan. Kene batang hidung sendiri, sampai suami tegur masa dalam train, tutup sikit tu.. huhuhu sabar je la.


Seronok sangat naik kete ni, pemandu nya sangat ramah, tak berhenti bercerita mengenai sejarah di Penang Hill ni, dia juga bagitau kami pasal ada Pesta Pulau Pinang yang sedang berlangsung, pasal tempat makan menarik dan macam-macam lagi. Satu kereta ni boleh naik dalam 5 orang.

Sedikit perkongsian mengenai harga untuk naik train di Penang Hill, adult RM8.00/seorang (kene tunjuk ic ye, kalau tak harganya dua puluh lebih dan kanak-kanak rm4.00). Ada juga pakej rm17.00 untuk 2 dewasa 1 kanan-kanak dan pakej-pakej lain saya dah terlupa pula. Untuk kete yang saya naik tu ( gambar diatas) harganya rm30.00 dan anda akan dibawa pusing-pusing kat atas tu sejauh 2.5km (5 km la pegi balik) Disitu juga tu ada monkey cup harga masuk rm10.00/seorang)

Ingin berkongsi cerita menyusu badan anda boleh komen dientry ini atau boleh juga email di emy_29122yahoo.com.my / SMS/WhatApp 019-6609951, saya akan siarkan di blog saya ini. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, inginkan set ibu menyusu shaklee, boleh juga hubungi saya.

Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...