Skip to main content

Cerita susu ibu : menyusukan baby

Sejak jadi ibu yang sedang menyusu ni kan, rasa seronok pulak nak berkongsi dengan kengkawan mengenai perjalanan penyusuan saya ni. Persoalannya adakah saya mengambil pil tambah susu ibu??? patut la susu saya pekat dan banyak, siap boleh buat stok susu ibu hampir separuh freezer walaupun minggu depan baru anak saya masuk usia 2 bulan.

Haaa.. konsep nya begitu atau dalam pemikiran kita sudah begitu, makan pil tambah susu ibu baru susu ibu banyak. Silap Silap.

Pendedahan (cewah cewah)
Sebenarnya macam ni, bila waktu malam anak saya kurang minum susu tapi susu saya banyak sampai rasa breast tu penuh, kalau tidur mengiring silap-silap boleh basah baju, mula-mula rasa macam tak perlu nak pam sebab awal sangat, saya masuk kerja lambat lagi tapi bila 2,3 hari pikir, sayang je beli pam dah mahal dah,  apa salah saya korbankan waktu tidur saya untuk pam susu. Jadi bermulalah aktiviti pam susu, anak saya ada jadual yang agak tetap untuk bangun menyusu. Pukul 12 pukul 3 pukul 6.. dan untuk pengetahuan semua anak saya akan hisap sebelah je pastu die tidur, kejut punya kejut untuk bagi lagi sebelah memang liat nak bangun, geletek la kaki kacau dagu la memang baby saya tak nak bangun kecuali bila menyusu lepas tu dia buang air besar, ha baru dia nak hisap lagi sebelah.

Oleh sebab saya dah tau jadual dan rentak dia menyusu, maka bila dia dah buat bunyi-bunyi untuk mengejutkan saya bangun, saya ke dapur untuk standby peralatan untuk mengepam, sebelum angkat baby saya akan on terlebih dahulu pam tersebut dan letak siap-siap. Selesai tu, saya akan angkat baby dan bagi dia hisap sebelah sampai saya terasa breast keras saya akan tukar baby ke sebelah, dan sebelah yang ditinggalkan itu saya letak pam, maka ia menjimatkan masa saya. Sebelah baby menyusu sebelah saya pam. Yang bestnya pam saya tu tak perlu dipegang, hanya selit pada baju dalam.

Kenapa saya bagi dulu baby saya hisap sebelah kemudian baru tukar?
Sebab ni experiment yang saya buat, apabila saya terus letak direct kat pam, pengaliran susu keluar agak lambat sebab puting tu keras, tapi bila dah dihisap oleh baby, puting kita jadi lembut, maka pengaliran susu keluar menjadi lancar kadang sampai memancut-mancut. Jadi sejak hari experiment saya tu hingga kini saya menggunakan teknik tu, memang sangat ooosem la hasilnya. kalau mula-mula dulu dapat satu auns lebih je sekarang boleh dapat hampir 3 auns untuk sebelah breast. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...