Monday, August 17, 2015

Rahsia Wanita Turun 20kg Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan selamat petang.

Topik 'kurus' dipilih pada petang ini kerana saya rasa berat badan saya telah naik sikit. Alhamdulillah mengikut seperti yang direncanakan. Saya nak gemuk sikit dari berat asal 46kg. Sangat kurus bagi saya yang ada 2 anak ni. Kalau capai 50kg tu dah sedap dipandang lah mengikut perkiraan saya.

Berbalik kepada rahsia nak turun berat badan. Saya nak kongsi rahsia saya, mudah je nak turun berkilo-kilo. Kacang putih je, cewah berlagak pula kan. Antaranya caranya adalah :
1. Kurangkan makan fast food.
2. Masak dirumah supaya mudah untuk mengagak garam, minyak dan sebagainya.
3. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
4. Jauhi air berkarbonat.
5. Minum lebih air putih.
6. Bersenam ringkas.

Belanja gambar sekeping
Sebenarnya banyak lagi, tapi kekurangan masa nak tulis ni. Apa kata kita tengok video wanita ini. Bagaimana beliau boleh turun 20kg selepas bersalin? Adakah sebab berat anak yang dikandung itu dah takda atau sebab makanan dalam pantang tak berapa sedap? Jom intai

Sebenarnya kurus dan disiplin amat berkait rapat. Bila berdisiplin semua pun boleh. Jadi, marilah kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan berat badan yang seimbang supaya kita dapat menjalankan kerja seharian dengan mudah, nak beribadah pun tak tergangu, suami pun suka, badan pun sihat. 


2 comments:

  1. Wah.. lawa cik hanie ni rupanya..weewit..

    Saya masa mengandungkan naim memang selera makan, drp 41kg naik sampai 59.6kg masa hari akhir sebelum bersalin. Lepas tu turun berjaya, tapi takat 45kg je.. hihu..oklah tulah sb xmakan apa2 benda tu masa tu, just pantang biasa. Agaknya kalau beranak lagi kena ada supplemebt tertentu sb bila dah makin tambah usia makin kurang metabolisme badan.. lemak makin suka melekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, biasa-biasa je. hehehe.. semakin berumur semakin kite kene jaga makan dan digalakkan ambil supplement tau... hehehe.. (^_^)

      Delete