Skip to main content

Liszamenida : M.y G.i.r.l.f.r.i.e.n.d

Assalammualaikum dan selamat petang


Rasanya hampir setahun lebih tak menulis, rasa rindu nak taip laju-laju dekat keyboard ni. Mood nak menulis tu dah kelaut paling dalam tapi sesekali timbul jugak. 



Harini kite nak mengabadikan cerita mengenai bff kita iaitu geng liszamenida. Setelah hampir beberapa tahun tak dapat jumpa dalam corum yang cukup, alhamdulillah dengan izin Allah maka ada jodoh untuk kami berjumpa. Syukur sangat-sangat tau. Terima kasih korang sebab sanggup turun Melaka. (21 Jun 2018)



Tarikh perjumpaan : 21 Jun 2018

Lokasi perjumpaan : D'pinang Homestay, Klebang Melaka.

Lepas salam peluk cium kita selfie dulu yek. Korang ingat senang ke nak buat muka serius ni, asyik ketawe memanjang.



Waktu tengahari tiba D'pinang Homestay dan disajikan Nasi Arab & Ayam Masak merah ala thai. Lepas makan siap-siap pakai tudung yang telah disponser oleh kita. hehehehe


Dari kanan Aime, Aliza, Lis, Huda & Hanie



Lepas dah siap pakai tudung, kita throwback zaman dulu-dulu kala. Muka sememeh tak zaman sekolah menengah dulu. Ini lah kami yang dulu dan sekarang. Sebenarnya beratus-ratus gambar tapi kita ambik sikit jek la, kang full pulak memory nanti. 




Lepas dah posing ambil gambar semua kita pergi ke Dataran Pahlawan (DP) lepak kedai cofee (Lupa nama kedai tingkat satu). 



Lepas lepak-lepak kami ke karaok. Sejam dalam tu, walaupun tak pandai nyanyi kita ikut jek.


Masa nak gerak balik tejumpa tempat ni, cantik wei, dekat Dataran Pahlawan. So kita posing la kejap. Kita minta adik-adik yang lepak kat situ tolong snapkan gambar. Dapatlah kami ambil gambar berlima. Banyak sangat gambar tapi kita pilih yang ni. Gambar ni seronok sangat, macam ada penceritaan disitu kan. 





Balik dari Dataran Pahlawan nak ke D'pinang Homestay kami singgah di Pantai Klebang. Tempat ni memang tarikan pelancong, memang sangat-sangat menarik. Waktu ni nak magrib orang kata sunset. Memang cun tapi dalam gambar jadi gelap sikit. So kita cerahkan sikit ye, ni pun minta tolong adik yang lepak situ ambilkan gambar.






Lepas solat magrib kita gerak cari kedai makan, masing-masing dah penat so kita pergi kedai makan yang dekat je area trafik light Cheng Height tu (lupa nama kedai). Sampai kedai dalam 8.30 tapi service slow la kedai tu. Kiteorang dapat makanan lambat, habis makan dalam jam 9.45 malam. 



Salam peluk cium dan wish semoga mereka selamat sampai. Terkenang bila lagi la dapat jumpa macam ni lagi. Alhamdulillah syukur sangat Allah beri peluang ni. Saat ni dah rindu pada hero dekat rumah tu. Masa dah on the way balik rumah Abg Haq dah call sekali dan hampir menangis tapi bila mama kata mama bawa balik coklat ters cakap "ok, abg tunggu mama". Tak lama lepas tu, ilman pula call tanya "bila mama nak balik". Kesian anak mama tunggu mama, walaupun kat rumah ramai orang (ada orang datang beraya) tapi dieorang tetap ingat mama. 



Akhirnya kita sampai umah jam 10.00 malam dan kawan-kawan yang jauh tu sampai rumah jam 1 pagi. Alhamdulillah semua selamat sampai. Terima kasih sahabat kerana menghadiahkan hari yang indah ini. 



Semoga ukhwah antara kita sentiasa terjalin erat kerana Allah.  Merekalah antara orang yang menyumbang banyak kenangan manis sewaktu sekolah dulu. 



Wasalam.




Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...